Pembinaan kompleks MTAT yang menelan kos RM8.8 juta meliputi sebuah masjid berharga RM900,000, dewan makan, asrama untuk 400 pelajar, blok akademik dan 10 rumah guru. Masjid itu kini sudah >50% siap. Bagaimanapun, dana untuk pembangunan separuh lagi pembinaannya masih belum mencukupi.

Project Cash-Flow kini adalah RM100,000 untuk 3 bulan

Kompleks MTAT

MAKLUMAT  PENUBUHAN KOMPLEKS MTAT

Rasional
Generasi Islam akan datang perlu bersedia dan terdidik dengan sempurna untuk berjaya mengharungi cabaran yang hebat dalam kehidupan dan kerjaya mereka nanti  sejajar dengan kemajuan dan perubahan dunia. Justeru, pendidikan untuk anak muda  Islam pada masa kini perlu dilakukan pendekatan yang berpusatkan pembinaan akhlak terpuji dan hala tuju kehidupan yang sebenar bagi menghasilkan sebuah masyarakat Islam yang berilmu, beriman, beramal soleh dan sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT di samping berketerampilan dalam mengharungi kehidupan duniawi mereka.

Untuk menyahut cabaran itu, Madrasah Tahfiz At-Taufiqiyyah (MTAT) yang akan ditubuhkan ini dengan kerjasama Darul Mustoffa, Tareem, Yemen telah dirancang untuk memenuhi kehendak di atas. Semua program dan pendekatan yang dirancang adalah untuk menghasilkan generasi pemuda Islam yang bertakwa dan cemerlang serta boleh menyumbang kepada masyarakat ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan negara yang tercinta.

LOKASI TAPAK
Kampung Pek, 18500 Machang, Kelantan
( Batu 32 Jalan Utama Kota Bharu- Kuala Krai )
Ambil simpang ke kiri 11 km dari bandar Machang menerusi Jalan FELCRA Bukit Raja ( 1.4 km dari simpang masuk )

VISI
MTAT akan menjadi model madrasah tahfiz yang berkhidmat kepada masyarakat dengan menyebarkan syiar Islam dan memainkan peranan dalam pembangunan dan kesejahteraan negara.
MISI
Melahirkan remaja hafiz Islam yang berilmu dan berketerampilan serta beriman, berakhlak mulia dan beramal soleh yang boleh membentuk masyarakat yang beragama dan memberi sumbangan kepada negara.

OBJEKTIF
1. Melahirkan remaja Islam hafiz yang berilmu, beriman , berakhlak mulia, beramal soleh, berdisiplin tinggi, boleh berdikari dan juga bertanggunggjawab dalam semua aspek kehidupan.

2. Melahirkan remaja Islam profesional yang mematuhi tuntutan syariat dalam semua urusan mereka serta memberi sumbangan dalam membangunkan negara.

3.  Melahirkan remaja Islam yang mampu memberikan sumbangan dalam menegakkan syiar dan penghayatan Islam dalam masyarakat.




Syarat Kemasukan

1.  Lelaki dan berumur 9-12 tahun
2.  Cemerlang dalam bidang akademik
3.  Tamat dan lancar membaca Al-Quran
4.  Boleh membaca dan menulis Jawi / Bahasa Arab
5.  Sihat dan sempurna tubuh badan
6.  Lulus Ujian Kemasukan dengan baik

Program Pengajian
A. Program Tahfiz
  - pelajar mengikuti program tahfiz sepenuhnya tanpa akademik.

B. Program Tahfiz Dan Akademik
  - pelajar duduk di asrama untuk mengikuti program tahfiz. Di sebelah pagi, mereka mengikuti program akademik di peringkat PMR / PMRU / SPM / SPMU di sekolah harian biasa yang berdekatan.

C. Program Tahfiz dan Syariah
   - pelajar mengikuti kelas tahfiz dan kitab berkenaan tauhid, fekah dan tasauf berlandaskan fahaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah mengikut kurikulum, tarbiah, dakwah dan pengiktirafan dari Darul Mustofa, Tareem, Yemen.

Tempoh dan Jadual Pengajian program a dan b
Tahun 1 -  Fardhu Ain / Tajwid / Juzuk 1 – 10
Tahun 2 -  Juzuk 11 – 20
Tahun 3 -  Juzuk 21 – 30
Tahun 4 -  Syariah / Tafsir
Tahun 5 -  Syariah / Tafsir / Syahadah / Sijil

Tempoh dan Jadual Pengajian program C
Tahun 1 -  Fardhu Ain / Tajwid / Bahasa Arab / Juzuk 1 – 7
Tahun 2 -  Thanawi / Juzuk 8 - 15
Tahun 3 -  Thanawi / Juzuk 16 – 25
Tahun 4 -  Thanawi / Juzuk 26-30
Tahun 5 -   Persediaam untuk Diploma / Ijazah di Darul Mustofa,Tareem, Yemen

Kurikulum kemahiran hidup
   - kursus kemahiran jangka pendek seperti membuat roti dan pastri, membaiki motor, menjahit, pertukangan kayu, pengurusan tapak semaian dan sebagainya akan diadakan dengan kerjasama GIAT MARA dan agensi-agensi kerajaan yang lain.
   - kursus asas tani dan pengurusan ladang seperti penanaman pokok buah-buahan, penternakan haiwan, penternakan ikan air tawar, penanaman sayur-sayuran dan sebagainya dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan agensi-agensi kerajaan yang lain.
enaga Pengajar
A. Guru-guru tahfiz mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Tahfiz Pusat Islam atau setaraf dengannya serta berpengalaman dalam bidangnya.

B. Guru-guru akademik yang berpengalaman dari sekolah-sekolah kerajaan akan diambil secara kontrak untuk mengendalikan program peningkatan akademik ke arah kecemerlangan pelajar.

C. Guru-guru syariah adalah dari Darul Mustofa yang diambil secara kontrak dan dari kalangan pelajar lepasan dari Darul Mustofa, Tareem, Yemen.

Komponen riadah Madrasah
1. Dusun Buah-buahan.
Sebuah dusun buah-buahan seluas 2.5 ekar bersebelahan dengan tapak MTAT sudah ditanam dengan pohon durian, dokong, belimbing, salak dan lain-lain.  Hasilnya akan dinikmati bersama oleh semua guru dan pelajar.

2. Kolam Ikan
Terdapat beberapa kolam ikan untuk ternakan ikan air tawar disediakan dalam kawasan madrasah. Aktiviti memancing boleh dilakukan  di kalangan pelajar dalam memenuhi masa lapang dan untuk menenangkan fikiran.

3. Tapak Pertanian
Tapak pertanian seluas 1.5 ekar juga terdapat dalam kawasan madrasah yang dirancang. Tapak pertanian ini boleh diusahakan oleh pelajar madrasah sebagai aktiviti kemahiran hidup atau dijalankan secara komersil sebagai sumber ekonomi madrasah.

4. Tapak Ternakan
Tapak ternakan untuk baka itik telor dan baka itik daging telah tersedia untuk diusahakan sebagai sumber ekonomi atau diusahakan oleh pelajar sebagai aktiviti tambahan. Semua aktiviti pelajar di atas adalah bertujuan untuk memberi kemahiran dan pengalaman sebagai persiapan kerjaya sampingan untuk pelajar-pelajar di masa hadapan.

Firman Allah SWT:
Bumi ini diciptakan oleh Allah untuk umat manusia, didalamnya penuh dengan buah-buahan dan kurma yang mempunyai kelopak-kelopak, biji-bijian yang mepunyai kulit dan berbau harum. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ? ”
(Surah Ar-Rahman : 10 – 13 )